Sunday, December 30, 2007

~Good Bye 2007~

Giler kentang dan nasib kentang betul bagi tahun 2007. There’s a lot of craziest and something unexpected happened through this year. Bila difikirkan balik, semua benda yang berlaku ni mesti ada hikmahnya kan?? So, as a human, we just received it as our fate. Madi pun dah tak ingat macamana permulaan tahun 2007 Madi sebab kebanyakkannya bermula dengan banyak cerita sedih..Huhuhu!!

Hidup di negeri orang memang banyak mengajar Madi untuk menjadi orang tabah. Yelah, bila dah duduk dekat tempat orang ni, kita kena la sesuaikan dengan keadaan. Kalau dah duduk dekat Terengganu, jangan la buat macam duduk dekat KL. Hormat la jugak adat serta tempat orang lain. Terengganu ni seperti biasa, pada awal tahun pasti akan dilanda angin monsun yang menyebabkan hujan sokmo. Menyebabkan susah nak keluar even though nak pegi kelas. Tapi sekarang ni takde la pulak hujan sangat sebab bila tiba bulan Disember, mesti hujan lebat akan melanda sampai berminggu-minggu. Nak basuh baju pun susah. Lastly, hantar dobi je.

About study, actually, pada awal tahun ini merupakan tahun terakhir Madi belajar Degree in Science (Chemical Sciences), sem akhir lagi. Jadi of course la kena strive for excellent kan? Lagipun Madi ni banyak kali jugak la tergelincir dari landasan. Jadi bila dah final sem ni, kena la buat yang terbaik tapi sebaliknya pula yang berlaku. Sepanjang hidup dengan kawan-kawan yang satu course ni, Madi langsung tak ambil kisah pasal apa yang sebenarnya berlaku dalam my course as long as perkara tersebut tak melibatkan Madi. Biasa la, dah nama pun manusia, mana ada yang betul-betul berhati mulia kan? Kalo ada pun, mereka hanya cuba menjadi yang terbaik. Madi mula sedar yang ada something wrong somewhere bila ada my ex-housemate (time tu housemate la)yang jugak my coursemate dah mula tak bertegur dengan Madi. Apa kes?? Madi buat bodoh jelah sampailah satu hari Madi join conversation my roommate with my other housemate mengumpat pasal somebody (lelaki pun mengumpat jugak ekk??). Baru la Madi sedar yang begitu banyak kontroversi yang melanda sampai Madi yang selalu bertindak sebagai mamat ‘tak kisah’ pun dilibatkan sekali. Ramai orang tak bersalah menjadi mangsa keadaan mereka yang bertelagah sampai putus kawan pun ada. Memang tak matang masing-masing. Nak jugak aku hentak kepala sorang-sorang dekat dinding.

Love story?? Tiga kali frust nonggeng tahun ni beb!! Semua angkara ego yang terlampau dan salah faham. Taknak la komen banyak-banyak pasal ni, sedey yang amat sampai effect life sendiri dan orang lain.

Family pulak, Madi dapat rasakan yang Madi makin close dengan diorang kecuali dengan abang dan adik-adik. Tak tahu la, mungkin abang Madi ni jenis yang tak cakap banyak (tapi selalu la jugak mintak tolong dia). Dengan adik-adik tak tau la pulak kenapa tak boleh rapat, mungkin sebab diorang perempuan dan diorang pun memang berdua je. Madi pun berpengalaman sebagai anak bongsu selama 10 tahun, asyik berkepit dengan mak abah je. Bila tetiba ada 2 orang adik perempuan, tak boleh pulak nak rapat dengan adik-adik. Kalo adik lelaki, boleh jugak la nak ajak tumbuk atau lawan. Selalu je ‘boolayan’ diorang. Yelah, takkan aku nak main anak patung/masak-masak/kejar-kejar dengan diorang kan?? Aku tengok tv lagi best. Madi memang kamceng dengan kakak yang sulung. Yelah, dah pernah jadi adik bongsu dia, mesti la ada sesuatu kan?? Mak dan abah pun dulu macam ala-ala dingin, sekarang dah mula memanjakan anak lelaki bongsu diorang ni (mengada-ngada, dah tua pun nak manja lagi). Walaupun jarang hubungi diorang, tapi Madi memang sayang yang amat dekat diorang.

My friends and foe berubah sentiasa. Ada yang maintain berkawan sampai sekarang. Kawan-kawan dari sekolah rendah, menengah, matriculation, university……dan ramai lagi. Kawan-kawan from different background. Memang seronok berkawan, ini baru la dikatakan life. Gaduh-gaduh, jadi musuh kejap, pastu baik balik. Yang tak boleh nak berbaik pun ada. Tikam belakang, tepi, tengah, depan. Asam garam hidup, begini la. Setakat ni Madi bersyukur lagi, Madi still ada kawan-kawan yang still support and tolong Madi dalam hidup.

So, semua cerita-cerita sepanjang 2007 dah settle. Hopefully tahun 2008 ada bawa banyak khabar berita yang baik sepanjang tahun.

No comments: