Friday, May 2, 2008

~JOB!! JOB!! JOB!! JOB!! JOB!!~

“Mungkin rezeki aku bukan dekat sini,” itulah apa yang aku fikir masa aku diberhentikan kontrak lebih awal sebagai pembantu penyelidik Februari lepas. Tipulah kalau aku cakap yang aku tak sakit hati sebab diberhentikan kerja. Tambahan pula dengan tanpa notis, aku terpaksa cari kerja baru dalam tempoh kurang sebulan. Dalam tempoh tersebut, aku pun rajin melayari internet percuma di kampus sebab mencari kerja sambil ‘ToOooTT’. Banyak rupanya kekosongan kerja dekat Malaysia ni rupanya. Tapi aku rasa pelik la jugak, kalau banyak kekosongan kerja kenapa masih ramai lagi graduan yang menganggur? Kenapa masih banyak lagi yg jadi penyangak, perompak dan yang sewaktu dengannya? Tak campur lagi dengan kerja-kerja yang ditawarkan dari negara-negara luar. Mungkin sebab mereka semua ni nak mudahkan diri sendiri dari segi memilih kerja, malas nak kerja dan mencari jalan singkat untuk mencapai kesenangan. Biarlah, itu hak mereka. Mereka sendiri yang akan tanggung akibatnya.

Berbalik kepada isu utama iaitu aku sendiri. Lepas menghantar resume yang begitu banyak sekali (ada juga sampai 3 kali) kepada syarikat-syarikat yang mencari pekerja, akhirnya aku dapat panggilan 3 temuduga untuk jawatan yang berbeza. Yang peliknya, semuanya jauh dari kampung aku. Ibu bapa aku pula tak habis-habis suruh kerja dekat dengan kampung. Nak buat macam mana, mungkin rezeki aku dekat sana. Maka, bermulalah kisah anak perantau dari Kedah ini. Sepanjang proses temuduga tersebut, aku terpaksa menginap di rumah kakak aku.

Bermula kisah temuduga pertama di kawasan Kapar, Klang. Syarikat yang pertama ini merupakan sebuah kilang yang menghasilkan paip dari tanah liat. Jawatan yang ditawarkan adalah sebagai ‘Quality Assurance’ merangkap ‘Lab Supervisor’. Aku memohon kerja ni melalui laman web ‘Jobstreet’. Kondisi kilang nampak agak menyedihkan bagi aku. Pertama, keadaan jalan masuk ke kilang yang macam litar kereta ‘rally’ atau ‘4WD’. Kedua, keadaan kilang (dalam dan luar) yang nampak macam tak bersih. Seolah-olah ada risiko dijangkiti denggi. Tapi sebagai *’fresh grad’, aku terima semua keadaan ini dengan redha. Nak mencari pengalaman kerja lebih penting. Masa temuduga aku rasa macam kekok sebab pertama kali pergi temuduga kerja. Memang berbeza daripada temuduga-temuduga yang aku pernah pergi. Namun, aku tetap yakin jerr. Temuduga pertama, bersama dengan Ketua Bahagian QA. ‘Amoi’ cantik punya dan tak kahwin lagi. Memang tak boleh nak bagi perhatian sebab terpesona dengan kecantikkan ‘amoi’ itu. Walaupun cantik tapi berlagak juga. Tak habis-habis mengenakan aku dengan kenyataan-kenyataan yang agak merendahkan martabat aku. Redha jelah, sebab nak cari kerja punya pasal.

Masa temuduga, ada juga la aku tersangkut sebab yang pertama, aku jarang bercakap dalam bahasa Inggeris, jadi aku macam tak berapa lancer bercakap. Kedua, banyak sangat ilmu yang berkaitan aku dah lupa. Yang penting, aku lepas proses temuduga pertama .Terus aku kena ikuti proses temuduga yang kedua pulak dengan Pengarah Syarikat. Pengarah dia baik sangat, terharu pulak aku berbanding dengan masa temuduga dengan ‘amoi’ tu. Tapi, sekejap proses temuduga ni, tak sampai setengah jam pun.

Kisah temuduga kedua pulak, syarikat yang menjual alat-alat computer dan jawatan yang ditawarkan adalah Pegawai Perkhidmatan Pelanggan. Aku mohon kerja ni melalui panggilan telefon saja. Lepas tu emelkan ‘resume’, kemudian temuduga pertama pun melalui telefon. Yang kelakarnya, waktu panggilan tak kena sebab aku tak bangun tidur lagi masa tu. Bayangkanlah, dengan otak yang agak lembap pada waktu pagi, ditambah dengan baru bangun tidur, memang menyeksakan. Aku disuruh untuk bercakap mengenai diri sendiri selama 5 minit dalam bahasa Inggeris. Azab tu jangan kata la, Tuhan je yang tahu. Tapi aku yakin jerr. Lepas jugak temuduga yang pertama tu. Untuk temuduga kedua bersama Pengarah Syarikat, aku dikehendaki pergi ke bangunan syarikat dekat Kuala Lumpur. Bila aku pergi, Pengarah dia ada hal dan temuduga tak boleh dibuat. Maka aku pulang dengan hati pasrah sambil menantikan panggilan untuk temuduga kali kedua.

Kisah temuduga yang terakhir. Aku mohon melalui kawan aku yang bekerja dekat syarikat tersebut. Aku hantar ‘resume’ pun melalui dia juga. Syarikat yang ini pulak kilang memproses bahan kimia untuk alat elektronik. Terletak di Shah Alam. Jawatan yang ditawarkan pulak ‘RnD Engineer’. Terkejut juga la bila aku dapat tahu yang aku ditawarkan jawatan sebagai ‘engineer’. Padahal aku ni bukannya pelajar kejuruteraan pun. Tapi, sekali lagi, yakin jerr. Masa nak pegi temuduga, aku sesat jalan nak ke sana. Memang taktSelain daripada aku ada lagi seorang mamat yang umurnya dalam 30an memohon jawatan yang sama dengan aku. Kiranya aku kena bersaing dengan dia la untuk jawatan ni. Tapi mamat ni dah ada pengalaman kerja. Memang kelebihan ada pada dia. Tapi aku yakin jerr. Masa temuduga pertama, sampai 4 orang panel. Tersentak jugak aku sebab ramai sangat. Sekali lagi, yakin jerr. Maka aku pun berhempas-pulas untuk memenangi hati kesemua panel sebab aku tahu yang aku ni sekadar di pinggiran je berbanding mamat tu. Petang itu juga aku diberitahu yang aku terpilih untuk sesi temuduga kedua bersama Pengarah Urusan Syarikat. Macam mimpi pula sebab aku terpilih. Bersyukur jelah.

Sesi kedua. Memang sangat azab. Panel sampai 6 orang. Ada 2 orang Jepun (termasuk Pengarah Urusan) yang bahasa Inggerisnya memang dahsyat dan menakutkan. Bukan sebab dia hebat sangat tapi memang tak faham sangatttttt…. Maka, boleh bayangkan tak bagaimana aku kena berhadapan dengan 6 orang yang berjawatan tinggi dalam syarikat ditambah pulak dengan masalah komunikasi dengan Nippon. Memang masa tu semangat aku agak goyah tapi aku yakin jerr. Lepas beberapa soalan baru aku dapat tenangkan diri. Setiap kali Nippon tu tanya aku, aku tanya dia balik maksud sebenar yang dia ingin bertanya kepada aku. Memang jauh benar tafsiran aku bila pembantu dia membetulkan pemahaman aku. Masa Nippon tu tanya, aku terasa macam nak pitam je sebab macam-macam benda kena buat dalam satu masa seperti nak memahami apa yang Nippon tu cakap, bercakap (bahasa Inggeris tau), kelentong dan sebagainya. Habis je temuduga, sekali lagi aku yakin jerr bersalam dengan semua orang dalam bilik tu termasuk Pengarah Urusan. Aku rasa memang lama aku duduk dalam bilik temuduga tu sebab calon-calon lain pun cakap aku duduk lama dalam tu.

Malam tu jugak aku dapat tahu yang aku diterima kerja dekat syarikat tersebut melalui kawan aku yang kerja dekat situ. Macam tak percaya je. Selang beberapa hari, syarikat yang dekat Klang tu pulak tawarkan kerja yang aku pohon hari tu. Tapi aku tolak sebab diorang bayar gaji tak tinggi sangat. Yang kelakar, kerja yang sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelanggan tu pun aku dapat dengan syarat aku kena jumpa Pengarah Syarikat untuk proses berkenalan. Aku pun tolak tawaran tu sebab aku fikir kerja tu bukan bidang aku. Yang penting, aku kena berusaha keras lepas ni sebab aku tahu apabila kita diberi peluang, kita kena hargai peluang tersebut dan berusaha untuk menjadi lebih baik setiap hari.

*’Fresh grad’ – ditafsir oleh setiap syarikat bahawa individu yang mempunyai pengalaman kerja kurang dari beberapa tahun dan bergantung kepada polisi syarikat masing-masing.

1 comment:

singAsong said...

Tahniah sebab dah dapat kerja......huhuu..

kerja bebaik sebab you know cari kerja bukan senang...