Saturday, August 4, 2007

Bot Penambang di Seberang Takir

Ni la bot penambang tue..

Sebenarnya aku dah lama bermastautin di Kuala Terengganu, lebih dari 3 tahun agaknya. Sepanjang tempoh tersebut, aku tak pernah merasai keunikkan yang masih wujud di Terengganu sejak zaman sebelum merdeka lagi. Keunikkan tersebut masih lagi dipraktikkan oleh penduduk tempatan. Maka, bagi mereka yang ingin berkunjung ke Kuala Terengganu, adalah dinasihatkan untuk mencuba keunikkan ini iaitu perkhidmatan bot penambang.

Jemput la masuk...

Sebelum itu, mari kita tinjau dahulu mengenai sejarah perkembangan bot penambang ini. Mengikut kata seorang penduduk tempatan, bot penambang ini wujud sejak tahun 1940an lagi. Bot penambang ini menyediakan perkhidmatan pengangkutan antara Seberang Takir, Pulau Duyong, dan Pasar Payang. Dari menggunakan pendayung sampan sehinggalah menggunakan teknologi enjin. Dari tambang yang berharga 2 sen sehinggalah berharga 80 sen. Begitulah perkembangan perkhidmatan bot penambang di Kuala Terengganu.

Jeti di Pasar Payang

Memang menarik jugak la naik bot penambang ni. Menariknya sebab aku terpaksa sedut bau dan asap diesel sepanjang perjalanan. Paling tak tahan masa nak balik, aku kena duduk berhampiran dengan enjin bot. Memang ’tak boleh pegi’ dengan bau, asap dan bunyi enjin. Walaupun ada macam rasa sukar menggunakan perkhidmatan bot penambang ni, tapi aku tetap rasa ia adalah antara pengalaman paling menarik sebab terasa macam penduduk tempatan pulak. Hahahaha!!!!

Enjin yang berbau 'tak boleh pegi'

No comments: