Thursday, July 26, 2007

Seaweed’s Sampling Around Johore…FuHHhhh!!!!

For the first time in my life, aku pegi sampling rumpai laut di sekitar johor. Well, actually kerja-kerja ni bukannya dalam bidang aku pun, tapi atas dasar hendak menolong kawan (kawan ke?? Sokmo je gaduh mesra dlm lab tu, hahaha!!). Cerita ni bermula apabila ‘Ustazah’ Myra (hahaha!!) menjadi student MSc di bawah seliaan Dr Habsah. Dr Habsah ni sebenarnya seorang pensyarah dalam bidang Kimia Sebatian Semulajadi (Natural Product Chemistry), maka semua pelajar yang di bawah penyeliaanya akan membuat kajian yang lebih kurang sama iaitu mencari sebatian-sebatian kimia di dalam benda-benda hidup (selalunya tumbuhan la).

Ni la Myra...

Namun malang bagi Myra sebab dia terpaksa menggunakan tumbuhan yang agak sukar diperolehi iaitu rumpai laut (seaweed) yang mana sesetengah spesies ni hanya terdapat di sesetengah tempat je. Myra ni pulak jenis yang rajin terlajak, sebab apa Myra ni aku kata rajin?? Sebab dia buat kajian bukannya terhadap 1 spesies, bukan juga 2, apatah lagi 3, aku rasa dekat 10 spesies kot. Rajin kan dia?? Sesetengah spesies rumpai laut ni hanya ada di Johor, maka Myra ni terpaksa la pegi sampling di sana secara terpaksa (either atas kehendak sendiri yang nak projek Msc berjalan or kena suruh dengan Dr Habsah, I dunno).

Kawasan sampling kitorang adalah yang dalam bulatan merah tu...

Tetapi, kalo nak pegi sampling, mana bleh pegi sorang-sorang, tetambah dia ni merupakan seorang ‘minah’. Atas cadangan Dr Habsah, dia dapat la member se’sampling’ iaitu Gan dan KuNor, tetapi still nak orang jugak, mengikut kata Myra. Malang bagi aku yang duduk satu lab dengan Myra ni sebab hari-hari dia mengajak aku pegi ke sampling site dia. Oleh kerana aku ni jenis yang tak suka menghampakan orang lain :p, maka aku bersetuju untuk pegi jugak. So, di bawah ni aku ada catatkan beberapa perkara sepanjang perjalanan di sana. Rajin-rajin la scroll ke bawah lagi ye;

Ni plak Kunor...sape la yang ensem dkt belakang tu??

First Day

Tarikh : 16 Julai 2007


“Pukul 9 pagi tunggu dekat lab,” begitulah sms yang aku terima dari KuNor sehari sebelum hari ni. Tapi aku sampai lab dalam pkul 8.15 pagi sebab aku mintak kawan aku yang tolong hantarkan. Lagipun kawan aku ni ada kelas pukul 8 pagi. Nak dipendekkan cerita, budak-budak lain yang terlibat dengan sampling ni, semuanya dating lambat. Especially Myra (bertuah punya budak). Dah la datang lewat, handphone pulak dia bleh tinggal dalam kereta member dia. Dekat nak menangis dalam usaha dia untuk mendapatkan ‘nyawa’ dia semula. Dah habis packing, dalam pukul 10.30 baru kitorang bertolak.

Yang paling tak bley blah bila kitorg punya driver bernama Asmadi jugak. Terkedu jugak aku bila dengar tapi aku control la, Myra & KuNor siap gelak lagi (Hampeh btol korang). Sepanjang perjalanan kitorang punya perbualan lebih kepada topic Seaweed & bergosip. Bila aku rasa bosan sangat, aku akan pasang earphone dekat handphone aku. Untuk apa?? Mesti la dengar lagu sambil ’menyumbangkan’ lagu. Lantak la sama korang, aku maintain je karaoke sorang-sorang. Punya la jauh perjalanan, dalam pukul 8.30 malam baru sampai. Kitorang stay dekat Rose Cottage Hotel di Kota Masai. Yang paling tak bley blah bila Myra skali lagi buat perangai ala-ala ‘diva’ dengan nak makan jugak otak-otak Johor untuk dinner. So, dapat la cari kedai makan tu.

Second Day

Tarikh : 17 Julai 2007


Dah la tido lambat malam semalam, arini dalam pukul 6 dah kena get ready untuk turun ke laut (macam nelayan plak kan?). Masa nak tunggu yang lain siap, aku lepak la dekat lobi, pastu aku nampak la macam ada makanan ala kadar dekat area lobi. Ada roti, telur, instant coffee dan lain-lain lagi. Aku pun confused gek pada mulanya, tapi Myra (dia lagi ??) yakin je tanya akak kaunter, “Kak, makanan tu untuk breakfast ke?“ bila jwpn yang diterima adalah positif, kitorang pun terus serbu makanan-makanan yang diberi secara percuma tu. Dah nama pun percuma, balun je lah.

Pakcik pemandu bot...Ensem tak dia??

Then, kitorang terus gi tempat sampling, nampak macam best je, thrill dan adventure la plak bila aku tengok bot yang kitorang nak naik tu. Memang best gler bila naik bot tu, dengan angin paginya, percikkan air. Memang tak boleh nak digambarkan perasaan time tu. Kemudian, kitorang pun sampai dekat stesen sampling kitorang yang pertama. Gan turun dulu, diikuti Syukri (pegawai sains), Myra, aku dan Kunor. Gan dan Syukri yakin je terus maju ke depan. Myra ?? Terus menjerit bila turun sebab kawasan tu macam berselut sket. Kawasan paya la katakan. Punya la dia redah selut tu. Aku maintain je walaupun hakikatnya letih gak meredah selut tu. Kunor lagi la klakar, baru turun terus mintak tolong aku pimpin dia sambil cakap, ”Tobat aku taknak mari dah,” time tu jugak la si Myra tersangkut dalam selut. Terpaksa la aku tinggalkan Kunor kejap untuk tarik Myra keluar dari selut. Dah la jarak antara Myra dan Kunor jauh, kira letih gak la ulang alik untuk menyelematkan diorang. Bukan letih cari rumpai, tapi letih menolong diorang je. Gan dan Syukri dah jalan jauh dari kitorang sebab nak cari rumpai spesis lain. Menurut kata pakcik bot tu, rumapi laut ni sebenarnya makanan ruji bagi dugong di kawasan setitar tu.

Myra, Syukri dan aku dengan hasil tangkapan...Hahaha

Stesen kedua plak, walaupun kawasan tu berselut jugak, tapi selut dia macam tak lembut sangat daripada yang first tu. Maka, takde problem sangat. Habis je kawasan tu, kitorang terus ke stesen ketiga. Sepanjang perjalanan, kitorang berada dekat sangat dengan kawasan perairan Singapore. Stesen yang ni lagi ok, kawasan berpasir. Cuma perlu cepat sebab air laut dah makin naik. Habis je kutip sampel, kitorang terus pegi tempat ternakan ikan yang paling dekat untuk cuci sampel. Mula-mula cuaca redup je, tetiba panas, habis kena sunburn (sabar jelah). On the way balik, hujan rintik-rintik plak. Pastu kitorang sambung cuci sampel dekat tempat ternakan ikan yang dekat sikit dengan jeti. Di tempat tu, ada 2 ekor anjing jaga. Anjing, faham-faham jelah perangai dia, especially bila anjing penjaga, mesti la ada macam poyo sket anjing-anjing tu. Myra sampai luka-luka tangan sebab lari dek takut anjing-anjing tu.

Dah abih pun...Jom kemas barang...

Abis sampling, kitorang terus balik hotel, mandi and check out dari hotel. Lokasi kitorang berikutnya adalah di Desaru. Kitorang sampai sana dalam pukul 3.30 petang dan menginap di Batu Layar Beach Resort. Petang tu, ada la segelintir budak yang rajin buat kerja lagi macam cuci sampel yang tak bersih lagi. Aku pun tolong gak, tolong tengok, hahahaha!!!! Gan terus gi sampling lagi dekat kawasan pantai resort tu. Masa aku jalan-jalan area pantai tu, nampak la mamat-mamat askar. Confused gek aku. Rupanya kawasan pantai ni merupakan ’hot spot’ pendatang haram untuk menyusur masuk secara haram la. Waktu malam lagi ramai askar melepak (melepak ke?? Mesti la berkhidmat untuk negara) dekat kawasan pantai tu.

Ni la Batu Layar Beach Resort...Promosi sket...

Third Day

Tarikh : 18 Julai 2007

”Pukul 6 pagi kita mesti dah bersiap,” itu kata Gan. Padahal harini semuanya bangun lewat, pukul 6.45 am baru sedar. Semuanya macam kelam kabut je. Breakfast pun dalam van je. Dari Resort, kitorang terus menuju ke kawasan pantai di Desaru. Dekat sini kitorang (aku, Myra dan Kunor) menjauhkan diri sikit dari Gan sebab si Gan ni ‘gila seaweed’. Apa saja seaweed yang dia nampak, mesti dia nak kutip, sampai karung seaweed kitorang pun dia nak letak sampel dia. Dengan kata mudahnya, selagi tak pupus seaweed seluruh dunia, selagi tu la dia akan terus bekerja.

Atas tu timun laut, yang bawah tu taik dia plak...

Sepanjang sampling dekat kawasan Desaru, kitorang banyak main-main. Maybe dah letih kot, that’s why. Main-main dengan timun laut, taik timun laut pun boleh jadi isu jugak. Dekat kawasan ni aku rasa macam geli-geli sikit sebab boleh nampak makhluk-makhluk laut yang tak berapa comel. Nak jalan pun kena tengok bawah, takut terpijak benda-benda yang tak comel, mana la tahu kalo benda-benda tu beracun ke. Ada la aku terpijak satu benda tu, mula-mula dia kembang, bila aku terpijak dia, terus je dia kuncup. Yang paling tak boleh blah bila benda tu kuncup sambil menarik hujung kaki aku. Terkejut gek aku, nasib baik boleh cabut kaki aku balik. Kalo tak, mesti aku balik dengan ’benda kembang kuncup’ di kaki aku.

Nampak tak yang kaler hijau2 tu?? Itu antara sampel rumpai la...

Habis sampling, terus kitorang cuci apa-apa yang patut. Balik Resort, mandi dan kemas barang sebab nak balik dah. Punya la tak sabar nak sampai rumah sampai langsung tak berhenti rehat. Sekali berhenti untuk rehat, semua orang macam mengeluh sbb lenguh badan dan sebagainya, hahaha!! Padan muka kitorang. Kitorang sampai kampus dalam pukul 9.30 malam. Aku ingatkan dah abih kerja, rupa-rupanya ada lagi kerja. Masa nak pindah sampel ke bekas lain, ada beberapa sampel yang dah mati. Boleh la aku tengok seaweed tu berubah warna sebab dah mati. Kesian dekat Syukri (kesian gak dekat kitorang sebab tolong kutip sampel tu gak) sebab seaweed dia dah mati.

Habis je malam tu, aku terus fikir. Kalau nak pegi sampling lagi, jangan ada orang perempuan ikut sekali. Kalau ada jugak, aku tak nak pegi. Tobat dah!!!

Tobat aku taknak pegi dah...Letih gek...

1 comment:

Joey said...

hai...jalan-jalan sampai sini...

nak bagi komen pasal sampling...sebab saya pun nak buat sampling seaweed jugak....huhuhu

lepas ni blehla ajar cam ner nak sampling ek...hehehe

oh ya..lupa...salam kenal dari saya.. :)