Saturday, September 8, 2007

~August~ d best month ever

WaHhh!!Dah lama gak Madi tak tulis something dalam blog kan?? Kesibukkan yang terlampau (ntah sibuk dengan apanyer??) causes me untuk tidak meluangkan masa dengan ma blog...So, arini Madi nak bagitau dekat korang semua kenapa Madi menganggap bulan Ogos pada tahun ni memang best giler... Untuk memudahkan pemahaman korang, lihat equation dekat bawah :

Ma Convocation + 50th year of National Day + Ma birthday = best memories ever = happened in August

Sronoknyer Konvo

Macam belajar Maths la pulak walaupun Madi ni sebenarnya tak pandai Maths pun...To begin d story, let's start with konvokesyen Madi dulu...Madi baru je konvo 26th of August yang lepas, Alhamdulillah sangat2 sebab Madi dapat graduat dengan kepujian kelas kedua atas untuk Degree of Chemical Sciences...Yang paling best adalah, Yang Dipertuan Agong Abang Jan & Permaisuri Agong Kak Ira sudi mencemar duli untuk datang ke konvokesyen pertama UMT (Penjenamaan semula daripada KUSTEM). Pada konvokesyen ni jugak la berlakunya istiadat pemasyhuran canselor di mana Abg Jan meletakkan jawatan sbg canselor dan Kak Ira dilantik menjadi canselor baru. Yang best lagi, Madi jadi orang terakhir dalam ma course yang amik scroll dari Kak Ira, jadi semua kamera macam fokus dkt Madi...Hahahaha!!POyo jerKkk!!Tapi yang tak best, ada pulek jerawat batu muncul masa hari tu...semua gambar Madi ada jerawat, cuma pic dekat atas tu je yang tak nampak...

Merdeka!!!

Habis cerita pasal konvo, kita pegi pulek pada 50th of National Day...Kalo diikutkan adat, setiap kali ada malam ambang merdeka, Madi x boleh pegi mana-mana kerana selalu terlibat dengan malam ambang merdeka...Kena buat persembahan la, apa la, macam2 je la...So, tahun ni Madi tekad nak jalan-jalan dekat KL masa merdeka...Impian pun tercapai...Memang merdeka sangat la, habis duit gaji Madi dalam tempoh 3 hari je...Huhuhu!!!

Birthday Bash!! Me, Mac, Eddy, Wes & Ed....

Part paling besh!!!Ma birthday la of course...Tahun ni special sikit sbb Madi tak celebrate birthday dkt kawasan Madi bermastautin...Best jugak la walaupun tak sambut dengan famili (huhuhu!! I misz ma parents so much lorr)...Masa malam ambang merdeka, Ed dah belanja makan dekat 1 steak house di Bangsar, thanks Ed, sedap sangat sampai tak berdaya Madi nak makan...Masa merdeka plak, ma old frenz plak buat surprise dekat McD dalam Sungei Wang, thanks u guys...Malam tu pulak Madi gi enjoy dengan kawan-kawan baru and celebrate birthday Madi & Mac...Enjoy giler malam tu...rasa macam taknak balik pun ada....

Pape pun...Madi harap sangat2 agar hidup Madi dipermudahkan...To all ma frenz, thank you so much for d unforgetable nite...Sayang korg sumer

1 comment:

Edmund said...

:)

Ed rase hepi to share in those August moments too... bestt kan? lagi best sbb Madi dah abadikan dlm Blog.. dan dlm hati, hihihii..