Wednesday, December 12, 2007

~Marahnya Aku Kepada Mereka~

Meh Sini Aku Lanyak Korang...!!!
Pernah tak korang rasa macam nak beli kereta kebal(kalau ada duit la) atau nak amik lesen untuk langgar orang(kalau ada)?? Kalau boleh, Madi akan jadi orang yang pertama ada kedua-dua bendalah tersebut. Kenapa?? Attitude pengguna jalan/lebuh raya semakin kurang ajar dan berbahaya. Macam-macam benda dah berlaku pada Madi di jalan/lebuh raya sehinggakan Madi yang terkenal dengan budi bahasanya(sort off) selalu ter’mencarut’ pada pengguna-pengguna jalan/lebuh raya yang kurang ajar dan berbahaya ni. Berikut adalah beberapa kriteria penguna jalan/lebuh raya yang Madi tak berapa senang dengan kehadiran mereka ketika di jalan/lebuh raya, daripada pejalan kaki hingga ke pemandu kenderaan berat;

1. Pejalan Kaki
· Berjalan ramai-ramai sampai ke tengah jalan especially budak-budak dan pendatang asing. Ingat jalan tu kawasan shopping complex ke?? Sesenang je korang nak gurau-gurau tengah2 jalan tu?? Kalo terlanggar, siapa yang patut dipersalahkan?? Kalo KIA, lagi parah..
· Ini part yang paling best. Jalan malam-malam, pakai baju gelap, jalan dekat tempat yang gelap, ditambah pulak dengan kulit yang gelap(sensitive issue here, but I’m trying to be honest). Madi selalu hampir terlanggar mat-mat Bangla setiap kali Madi menggunakan jalan yang Madi selalu guna untuk ke kampus pada waktu malam. Seriously, memang tak nampak pape, tetiba je ada depan mata, macam cerita Jangan Pandang Belakang pulak.

2. Penunggang Basikal/Motosikal
· My advice kepada yang naik basikal. Jangan sesekali naik basikal yang takde lampu/pemantul cahaya pada waktu malam, menyusahkan orang lain je. Kalo dilanggarnya, memang azab. Kalo hidup lagi selepas dilanggar pun memang korang akan hidup dalam keadaan yang menderita.
· Kalo bab-bab motosikal ni, memang banyak masalah. Lagipun dekat Terengganu ni ramai mat rempit. Mencelah memang tak dapat disangkal lagi kebolehan mereka ni. Yang naik Honda C70 pun still nak join mencelah jugak. Motor tu untuk memudahkan perjalanan kita, bukan untuk tunjuk aksi stunt dan sebagainya. Kalo ter’stunt’ masuk ke lubang kubur terus macam mana?
· Disebabkan Terengganu merupakan antara negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi, maka tidak dapat dinafikan lagi bahawa masih lagi terdapat motosikal-motosikal yang berada dalam keadaan tidak baik seperti lampu tidak menyala, kelajuan yang paling maksima adalah 30km/j dan sebagainya. Tapi ada jugak penunggang yang nampak smart tapi semua lampu langsung tak nyala. Ni mesti kes tengah nak upgrade motor, nak bagi laju sebab nak merempit pada hujung minggu. Ada plak yang lagi miskin, tak pakai helmet pun ada. Yang peliknya, pakai baju dah lawa, jenama forest/cheetah lagi, rambut pun dah smart, bawa awek lagi. IsHhh!! Takkan takde duit nak beli helmet juga? Ni kopiah pun tak lekat dekat kepala. Apa kes??
· Bercakap mengenai mat rempit lagi. Diorang ni memang pantang kalo kita bagi diorang makan asap motor kita(I mean, potong). Mula-mula tu bawa moto slow, bila orang potong, dia pulak lebih-lebih. Siap ‘press’ minyak kuat-kuat lagi bila potong kita, macam tak puas hati atau ajak race. Nak kata bodoh, pandai pula dia sebab ada lesen motor, lain la kalau dia memang takde lesen.
· Ini lagi best, ada jugak makhluk asing di kalangan manusia. Bolehnya berSMS masa tunggang motor. Hebat betul, satu mata fokus dekat handphone, satu mata lagi tengok jalan, boleh juling jadinya. Sebab tu diorang ni makhluk asing. Daripada nak balas mesej balak/awek yang berbunyi “You ada dekat mana?”, terus balas mesej yang berbunyi, “I ada dalam longkang/semak ni, accident masa nak reply mesej you.”
· Lagi satu, diorang ni kalau keluar simpang, memang jenis malas nak guna butang ‘signal’ tu. Rasa-rasanya ada ketumbuhan dekat ibu jari tangan sebelah kiri diorang kot.

3. Pemandu Kereta/Van/4WD/Jip
· Ini paling ‘hampagas’ sekali sebab Madi naik moto je dekat sini. Most of the drivers don’t know how to respect the motorcyclist especially mereka yang naik motor ‘plat luar’. Sedap-sedap je pancung dan himpit. Tahu la, dia sekarang ni dekat kampung sendiri. Kalo kereta dia ada calar sikit, habis satu kampung dia panggil untuk belasah orang yang bagi calar kereta dia. Madi pun pernah buat kerja gila dengan kejar kereta yang himpit Madi sampai nyaris terbabas dalam semak. Sambil kejar sambil bunyikan hon, walaupun minyak motor hampir habis, Madi tetap kejar sampai driver dia berhentikan kereta. Bila dia berhenti je, bermulalah perang mulut yang hebat(actually Madi je yang bising lebih-lebih sambil hayun-hayun helmet) sambil gertak nak pecahkan muka dia. IsHh!! Sungguh tak beradab betul. Yelah, maki orang yang lebih tua dari Madi. Tapi nak buat camna, everyone must learn to respect others before we want others to respects us.
· Selain itu, ada juga driver yang mempunyai attitude yang lebih kurang je dengan penunggang motor mcm reply mesej masa driving dan keluar simpang ikut sedap. Please la, aku nak hidup lama lagi. Banyak lagi benda yang belum aku capai dalam hidup.

4. Pemandu Bas/Lori/Kenderaan Berat
· Yang ni malas nak komen banyak-banyak sebab kita tau yang diorang ni memang bahaya. Tau la kamu tu jenis tak jejas sangat kalau accident. Cuba kalau Madi yang bawa lori kontena pastu langgar those drivers yang tengah naik motor. Merasa la ko!!

No comments: