Thursday, December 13, 2007

~The Songs That I’m Listening Now~

Semua orang mesti ada favourite song masing-masing kan?? Alah, macam couple-couple yang pernah bercinta pada lewat tahun 90-an mesti guna lagu tema Titanic ‘My Heart Will Go On’ nyanyian Celine Dion sebagai lagu tema hubungan percintaan diorang. Ataupun mereka yang bergraduat dalam awal tahun 2000, mesti guna lagu Vitamin C ‘Graduation Day (Friends Forever)’ sebagai theme song diorang. So, bila cakap pasal theme song untuk menunjukkan mood masing-masing, sedar atau tidak, kebanyakkannya lagu-lagu tersebut adalah lagu favourite kita juga. Kadang-kadang kita akan ‘dengar sampai muntah’.

So, bagi Madi, tipulah kalo Madi cakap yang Madi ni takde favourite song sendiri kan? Daripada rock jiwang karat sampai la ke RnB dan Hip Hop, semuanya Madi layan dan suka dengar. Cuma 2 3 menjak ni, Madi prefer dengar lagu-lagu daripada ‘Negara Matahari Terbit’, Jepun. So, di bawah ni ada beberapa artis dari Negara Jepun yang Madi suka sangat dengar lagu diorang berserta sedikit info yang Madi tahu pasal artis-artis ni;

1. Morning Musume



~Cute kan??~



What can I say about these girls? ‘Power Girl’ I think. Group ni ditubuhkan melalui sebuah program !Hello Project. Ahli-ahli group ni selalu bertukar orang sampai setakat ni Madi rasa hampir 30 orang pernah menyertai kumpulan ni. Kebanyakkan dari ahli-ahli ni join sejak dari diorang bangku sekolah lagi. Muka very not matured but sooooooooo cute. Kebanyakkan dari ahli-ahlinya keluar sebab nak kahwin(mengikut budaya Jepun, setinggi mana pun pelajaran si perempuan, bila dah berkahwin, mereka hanya akan duduk di rumah menguruskan hal-hal rumah), sambung belajar ke universiti, atau nak mulakan karier sebagai artis solo(biasalah, bila dah glamour, mula la nak pentingkan diri). Diorang pun ada television show sendiri di Jepun yang disiarkan pada waktu pagi(dah nama pun Morning Musume). Memang ceria sangat show diorang tu.

Dalam ramai-ramai ahli group ni, Madi suka sangat tengok Michishige Sayumi(dalam gambar tu, bawah dan kiri sekali). Cute dari segi rupa dan perwatakan. Yang lain-lain pun cute juga. Dekat bawah ni ada beberapa list lagu diorang yang Madi suka dengar;
· Kanashimi Twilight
· As For One Day
· Do It Now
· The Peace!
· Ambitious
· Ai Araba Its All Alright
· Sakura Mankai
· Sexy Boy
· Chokkan
· Onna ni Sacchi
· Aruiteru
· Joshi Kashi…..(tak ingat pulak, tapi best! Diorang buat video klip dalam KTM komuter, hahaha!!)


2. Hirai Ken


~Macho+Cute Seh!!~


Penyanyi lelaki Jepun yang maintain macho sejak dulu lagi. Dia ni ada beberapa persamaan dengan penyanyi Robbie William tu. Diorang kalau buat video klip mesti ada unsur-unsur maksiat yang terang lagi nyata tetapi mengikut budaya dan spesifikasi masing-masing la. Kedua-dua artis ni juga pernah dikaitkan gejala gay dan homosexual. Tapi diorang ni ada gak perbezaan yang nyata iaitu Hirai Ken punya suara yang best sangat berbanding Robbie William tu. So, bawah ni beberapa list lagu yang masyuk;
· Elegy
· Fake Star
· Good Bye My Melody








3. Crystal Kay


~Ala-ala Awek Kulit Hitam tuh~


Akak Beyoncé Jepun kita. Walaupun dia orang Jepun, tapi Madi rasa dia ni berdarah campur sebab kulit dia gelap semacam. Ada ke orang Jepun yang berkulit gelap macam Beyoncé tu? Kalo tanned pun, takde lah sampai gelap macam tu. Madi pun baru je layan-layan lagu dari akak ni dan setakat ni cuma lagu ‘Boyfriend-Part II’ sahaja yang berjaya menambat hati Madi. Yang lain tu sekadar ala kadar je kot.







4. Arashi


~Hahaha!! Masing-masing Muka Jambu~


Kumpulan vokal lelaki yang ala-ala Backstreet Boys, Five, N’SYNC dan segala keturunannya. Cuma group ni nyanyikan lagu-lagu rancak yang ceria macam ‘Happiness’ dan ‘We Can Make it’. Ada seorang ahli group ni merupakan seorang pelakon drama bersiri ‘Gokusen’ (dalam gambar tu, bawah dan kanan sekali) yang Madi suka sangat tengok cerita tu.







5. Ayumi Hamasaki


~Makcik yang Cun~


Makcik ni kalo tak silap, umurnya hampir mencecah 40-an tapi tak kahwin-kahwin lagi padahal cerita cinta dia selalu dilaporkan oleh media. Dia ada banyak juga lagu-lagu ‘Papan Atas’(budget billboard la) tapi kebanyakkan lagu-lagunya adalah serius dan Madi tak berapa suka dengar lagu-lagu serius ni. Ada satu lagu yang diubahsuai sikit masa dia perform dalam satu konsert, memang ceria. Madi tak ingat tajuk lagu dia tapi sebelum dia menyanyi lagu tu, dia ada ajar dan ajak audiences menari.



Nak kata Madi ni faham bahasa diorang, tak jugak. Mungkin lagu-lagu diorang yang masyuk kot. Setakat ni Madi selalu dengar dan cuba ikut nyanyi sekali, kalau yang ada subtitle tu ok la. Kalau yang takde tu, kena dengar banyak-banyak kali, baru dapat tangkap apa yang diorang sebut, itupun tak betul lagi. Kalau la ada di antara lirik-lirik lagu tersebut bermaksud “kau bodoh yang amat” dan Madi dengar dalam 44 kali, confirm Madi akan jadi bodoh yang amat. Tetapi tak kisah la, Madi still ada pertolongan dari mereka yang pakar tentang bahasa Jepun ni.

1 comment:

Edmund said...

wow.. tak penah tau yg madi minat japanese singers and songs pun.. hehe.. kewl..